Wednesday, September 5, 2018

Rawat HFMD dengan cepat!



Sekarang ni ramai kanak-kanak terkena jangkitan virus kaki, tangan dan mulut (HFMD). Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang berjangkit yang kebiasaannya menyerang kanak-kanak kerana imun badan mereka yang lemah. Namun begitu, dewasa pun tak terlepas ye. Kemungkinan orang dewasa untuk dijangkiti juga ada.

Pada tahun 2016, 2 orang anak Aynn terkena jangkitan HFMD 2 kali yang berpunca daripada rumah pengasuh, tadika dan shopping complex.

Jadi, kali ni, Aynn nak share sedikit beberapa perkara mengenai HFMD serta rawatan yang Aynn ambil yang membantu anak-anak Aynn sihat kembali dalam masa hanya 3-5 hari.

Sebelum tu, kita berkenalan dulu dengan HFMD :)

Punca & Cara Berjangkit

HFMD ialah satu penyakit yang disebabkan oleh virus dan gejala penyakit itu adalah demam, ruam (maculopapular dan vesicles) di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).
HFMD disebabkan oleh jangkitan virus khasnya dari jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) dan virus ini merebak antara pesakit melalui sentuhan dengan tangan atau permukaan yang dicemari najis. Ia juga boleh tersebar melalui air liur, najis atau rembesan pernafasan daripada mereka yang terjangkit
Simptom dan Tanda-tanda
Tanda-tanda HFMD

Credit : SirapLimau

Pencegahan Penyebaran HFMD

Cara terbaik untuk mengurangkan penyebaran mana-mana virus adalah dengan menjaga kebersihan tangan. Ajarkan anak membiasakan diri untuk mencuci tangan. Amalkan juga tips berikut untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga yang lain:
1. Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas makan, dan selepas keluar daripada tandas.
2. Elakkan berkongsi makanan, minuman, peralatan, tuala dan sikat gigi dengan orang lain.
3. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
4. Bersihkan mainan dan permukaan yang sering disentuh dengan bancuhan 2-3 titik di dalam semangkuk air.

5. Mandikan anak dengan bancuhan sebaldi air dengan 3-4 titik Basic H Shaklee sebaik sahaja pulang daripada melakukan aktiviti di luar, termasuk shopping mall.

Cara HFMD Didiagnos


Doktor akan melihat simptom pada anak-anak kita dengan melihat kepada lepuhan di mulut dan ruam di badan. Tanda ini kebiasaannya mencukupi bagi doktor untuk mengesahkah HFMD tanpa sebarang ujian lain. Namun, calitan pada tekak dan najis atau darah juga kemungkinan di ambil untuk kepastian.


Rawatan


Kebiasaannya HFMD akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari.

Tidak terdapat sebarang ubat atau vaksin untuk HFMD. Namun, ibu-ibu boleh redakan simptom dengan beberapa tips yang Aynn share di sini.


Rawat HFMD Dengan Cepat

Ketika anak-anak Aynn dijangkiti HFMD, ini yang Aynn amalkan:

1. Mandikan mereka sekerapnya

Aynn akan mandikan mereka sekerapnya bagi membersihkan kuman di badan mereka dengan Basic-H Shaklee.

Basic H ni merupakan sejenis disinfektan yang semulajadi dan selamat. Ia merupakan pembersih serbaguna tanpa toksik dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Toksik dalam pencuci serbaguna lain boleh meresap ke dalam badan memalui kulit atau sistem pernafasan.

Mandi dengan Basic-H membuat mereka lebih bersih dan segar.

Tips: Jika anak yang terkena jangkitan HFMD lebih dari seorang, mandikan mereke seorang demi seorang untuk mengelak jangkitan semakin teruk

2. Sapu ruam dan lepuhan dengan krim

Aynn gunakan krim Herbal Blend Shaklee. Krim ni sejuk, tidak berminyak, cepat meresap dan memberi kesan yang cepat kering kepada ruam dan lepuh di badan anak saya.

Herbal Blend diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang menenangkan dan bebas paraben.

3. Kebaskan mulut dengan semburan mulut / gel kebas mulut


Ubat penahan sakit daripada farmasi seperti ibuprofen (Advil) atau acetaminphen (Tylenol) atau semburan kebas mulut untuk memberi keselesaan kepada mereka ketika makan dan minum. Jajan sejuk seperti yogurt atau milkshake boleh diberi pada anak untuk melegakan tekak yang sakit.

4. Kuatkan imun anak

Bagi membantu anak melawan jangkitan virus, Aynn berikan mereka Chewable Vitamin C dan Omega Guard untuk meningkatkan imun badan mereka.

Omega Guard ni berfungsi untuk meningkatkan imunisasi badan anak dan pada yang sama sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.


5. Pastikan Anak Dapat Nutrisi Lengkap

Bagi memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang lengkap, walapupun kurang makan akibat mulut yang tidak selesa, boleh bekalkan mereka dengan Meal Shakes Shaklee, yang dicampurkan sekali di dalam susu / minuman kegemaran mereka.

Hanya perlu dicampur sedikit sahaja Meal Shakes ke dalam susu / minuman kegemaran mereka. Jangan risau, sebab Meal Shakes berperisa vanila dan tidak akan ubah rasa yang sebenar. :)

Mealshake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dengan asid amino serta nutrisinya mudah diserap. Ia mengandungi 24 jenis vitaminm mineral dan zat perlu. Ia membantu memberi tenaga dan rasa kenyang kepada anak-anak.

Nutrisi yang cukup membantu anak-anak untuk pulih dengan cepat.

6. Minum Banyak Air

Pastikan anak mendapat bekalan air secukupnya supaya khasiat dapat diserap dengan baik.

Nak bagi anak rasa kurang sakit, boleh cuba gunakan straw yang diletak ke bahagian pipi bagi mengurangkan ketidakselesaan.

7. Basuh Baju Secara Berasingan

Baju anak-anak yang terkena jangkitan, termasuk alas tilam, alas bantal dan selimut Aynn akan cucikan secara berasingan. Aynn akan rendamkan baju mereka dengan Basic-H semalaman sebelum mencuci baju-baju tersebut.


8. Basuh alat permainan anak2

Alat permainan anak-anak juga perlu direndam atau di lap dengan Basic H Shaklee supaya jangkitan tidak merebak. Cara untuk lap, isi air semangkuk dan titiskan 2 titik Basic H dan lap alat permainan seperti biasa :)

9. Kuarantin di Rumah


Bagi mengelak ia berjangkit dengan orang lain, mereka tidak dibenarkan keluar rumah
atau ke mana-mana sebelum sembuh sepenuhnya. Orang luar juga tidak digalakkan untuk datang menjenguk kami sekeluarga.


Alhamdulillah, dalam masa 3-5 hari, ketiga-tiga anak saya sihat sepenuhnya dengan lepuhan dan ruam kering sepenuhnya dan boleh makan dan minum dengan biasa.


Kesan ini agak cepat berbanding tempoh yang disarankan oleh doktor, iaitu 7 ke 10 hari.


Info Basic H, boleh klik sini

Info Herbal Blend Multipurpose Cream boleh klik sini :)



Nak dapatkan free consultation secara eksklusif?
Atau berminat untuk jana insome 4-5 angka? 
Jom whatsapp Aynn sekarang!

6014 3323325 (AYNN)
Your Trusted Shaklee Indp. Distributor
#miannashaklee ♥

Facebook : Mianna De Beaute
Instagram : @miannadebeaute