Sekarang ni memang senang sangat nak cari krim serbaguna, tapi rasanya ia sesuai ke dengan kulit kita? Yang paling penting adakah selamat digunakan? Lebih-lebih lagi pada anak-anak.
Semenjak dengar macam-macam produk yang beri kesan sampingan, Aynn lebih berhati-hati memilih krim serbaguna ni lebih-lebih lagi bila kita akan gunakan sekali untuk anak-anak. Yang pastinya Aynn akan lebih berhati-hati memilih produk dan semestinya dijamin selamat, dari bahan semula jadi dan berkesan 👍
Bila Aynn jumpa Herbal Blend Multipurpose Cream, Aynn terus jatuh cinta dengan krim ni. Rasanya, tak pernah putus bekalan Herbal Blend ni kat rumah Aynn. Bukan nak kata produk lain tak bagus, tapi Aynn mementingkan bahan yang digunakan adalah semula jadi dan tidak mengandungi Paraben.
Nak tau tak cara efektif untuk penggunaan Herbal Blend Multipurpose Cream ni?
1. Terkena minyak panas / melecur
- Ambil Herbal Blend Cream dan sapu pada tempat melecur. Akan rasa sejuk selepas disapu sebab kandungan dalam krim itu sendiri mengandungi mint.
- Sapu je Herbal Blend Cream ni seluruh badan terutamanya bahagian yang terdedah dengan gigitan nyamuk kerana krim ini juga bertindak sebagai Krim Penghalang Gigitan Nyamuk, Sesuai bagi yang suka menjalankan akr=tiviti di hutan dan yang nak bawa anak pulang ke kampung. Tapi kat bandar sekarang pun nyamuk dah membiak kan 😉
- Bahagian yang dah terkena gigitan nyamuk pun boleh sapu dengan krim ni untuk cepat hilang bengkak dan gatal.
3. Jerawat
- Sapu je kat mana tempat yang ada jerawat yang ada. kena rajin sapu bagi kecut jerawat tu. Jangan malas-malas tau 😉 Tak hilang jerawat tu jangan salahkan krim ni tau ;D
4. Luka
- Cuci luka bersih-bersih. Kemudian, sapu krim ni. Rasa berdenyut sikit je. Tahan la. Nak cepat baik tak? Hehe. InshaAllah nanti luka tu cepat kering dan kulit akan ebrcantum dengan cepat.
5. Bibir kering / merekah
- Ni mesti kurang minum air kan.. 😏 Lebih-lebih lagi cuaca panas macam sekarang ni. Ambil sedikit krim dan sapu nipis pada bibir. Kalau termasuk mulut macam mana? Aiyokkk! Haha. Takpe pun kalau termasuk mulut sebab krim ni tidak mengandungi bahan kimia. Sebab tu saya pilih untuk kegunaan anak-anak Aynn juga 👍
6. Gatal-gatal
- Sapu je tempat gatal tu. Baca la selawat sikit pada yang muslim. InshaAllah hilang la gatal-gatal tu. Tapi kalau tak hilang juga, silalah jumpa doktor sebab krim ni bukan lah ubat tapi krim serbaguna yang boleh digunakan untuk kulit yang serasi.
7. Kulit kering
- Sapu je kat bahagian badan yang kita rasa kulit kering tu. Sapu pada muka pun boleh 😊
8. Tumit merekah
- Sapu jela kat tempat merekah tu tapi nak pesan awal-awal, jangan berangan tumit yang merekah tu sekali pakai terus licin tau. Sapu krim ni kena rajin dan konsisten. InshaAllah lama-lama rekahan akan kurang dan tumit yang merekah akan cantik semula. Ingat tau! Rajin dan konsisten! 😉
9. Ekzema
- Kesian kan dengan anak-anak yang ada ekzema ni, mesti rasa gatal dan tidak selesa. Sapu nipis pada ekzema anak secara nipis. Kalau yang pada pipi tu, jangan risau sebab krim ni dari bahan semula jadi, tiada bahan kimia maksudnya tidak beracun sama sekali. Tapi tidak digalakkan sapu pada ekzema yang jenis berair.
10. Demam
- Herbal Blend Cream ni juga membantu secara luaran untuk demam. Sapu je di sendi-sendi badan. Ini dapat membantu turunkan suhu badan. Ramai yang gunakan pelekat gel di dahi untuk turunkan suhu badan. Tapi HBC ni jugak membantu bagi menurunkan suhu badan jika demam.
11. Chicken pox / cacar air / demam campak
- Ada juga yang suka gunakan calamine lotion yang klinik bagi, tapi ada juga yang jenis suka tradisional, cari daun semambu untuk mandi.
- Ramai pengguna tegar Herbal Blend dah tahu manfaat Herbal Blend Cream ni kan? Boleh sapu pada chicken pox sampai kering. Herbal Blend Cream ni pun dapat mengurangkan rasa gatal pada blister. Bila sapu, krim tu akan rasa sejuk dan meresap. Herbal Blend ni serius lagi cepat elok dan parut pun cepat pudar 😍 Ini pengalaman sendiri 😏
Kandungan dalam Herbal Blend Multipurpose Cream?
Siapa yang boleh guna?
- Bayi
- lelaki mahupun wanita
- Pesakit Ekzema ( masalah kulit )
- Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi
- Mereka yang mahu kempiskan perut buncit dan berlemak
- Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut
- Mereka yang sering demam
- Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal badan
- Warga emas
Testimoni Aynn sendiri semasa anak kena chicken pox 😊
Tengok, dalam 2 minggu je dah hilang kesan. Alhamdulillah.
Kalau nak dapatkan hasil yang berkesan macam ni, kena la gunakan Herbal Blend Cream ni dengan rajin dan konsisten setiap hari kan. Kalau jenis yang kejap malas, kejap rajin, esok sapu, esok lupa jangan marah Herbal Blend ni tau kalau lambat berkesan! 😉
Nak dapatkan free consultation dan ESP dengan harga paling best? Jom whatsapp sekarang ✌
6014 3323326 (EDY) / 6014 3323325 (AYNN)
Your Trusted Shaklee Indp. Distributor
#miannadebeaute #miannashaklee
Facebook : Mianna De Beaute
Instagram : @miannadebeaute
Area kuching srawak ade ke agen shaklee nie sis...sbb nk try jg herbal nie sbb muka trk sgt parut chiken pox nie...lw ada agen kt kuching srawak nie blh sya bli trs tk tggu pos nye...mmg runsing sgt dhn parut2 kat muka nie...😞
ReplyDelete